Wednesday, July 27, 2011

Siapa Cherita Yg waney maksudkan..


BIODATA CHERITA

EDDY

Nama Penuh : Ratno Junaidi bin Arifin
Nama Singkatan : Eddy Cherita
Tarikh Lahir : 13 Mei
Tempat Lahir : Klang, Selangor Darul Ehsan
Adik Beradik : Anak ke 2 dari 3 beradik
Pendidikan : Diploma Kejuruteraan Elektrik (Kuasa),
Universiti Teknologi Malaysia
Muzik Yang Digemari: Jazz, Pop, Rock, Balada
Idola : KRU
Karier : Penyanyi, penulis lirik, ahli perniagaan, juru audio


MELLSHAM

Nama Penuh : Muhamad Jamil bin Shamsudin
Nama Singkatan : Mell Sham
Tarikh Lahir : 1 Mei
Tempat Lahir : Klang, Selangor Darul Ehsan
Adik Beradik : Anak pertama dari 3 beradik
Karier : Penyanyi, juru audio
Pendidikan : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Muzik Yang Digemari : Pop, Balada, Irama Malaysia, R&B, Jazz
Idola : SM Salim, Hattan, Michael Buble


NOMAD

Nama Penuh : Nur Mohd Alieff bin Ayub
Nama Singkatan : Nomad
Tarikh Lahir : 9 Mac
Tempat Lahir : Terengganu Darul Iman
Adik Beradik : Anak pertama dari 5 beradik
Karier : Penyanyi, pencipta lagu & penulis lirik
Pendidikan : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Muzik Yang Digemari : Jazz, Swing, Balada
Idola : David Foster, Michael Buble


KISAH MEREKA


Kumpulan Cherita mula ditubuhkan pada tahun 2008 oleh Eddy & Mell . Kemudian kumpulan ini menjadi lengkap anggotanya seramai 3 orang setelah Nomad menyertai mereka pada tahun 2009 .


TAHUN 2010 : PERMULAAN

Langkah awal kumpulan Cherita ke dalam industri muzik tanahair telah dibimbing oleh Dakmie . Pelbagai eksperimentasi dilakukan bagi mencari arah muzik mereka.

Pada Jun 2010 , Nomad telah berjaya menyertai program Keynote di Astro Ria . Beliau telah berjaya melayakkan diri sehingga ke peringkat akhir .

Selain Dakmie sebagai mentor , Cherita juga mendapat bimbingan dan dorongan dari Alfa Booty yang bertanggungjawab mencorakkan warna muzik Cherita .



TAHUN 2011 : MELANGKAH KE DALAM INDUSTRI MUZIK TANAHAIR

Pada tahun ini Cherita akan muncul dengan dua buah single iaitu LAGU CINTA KITA dan MELODI CINTA.

Kedua-dua lagu tersebut adalah ciptaan Nomad dan lirik oleh Eddy Cherita .

Kumpulan ini bernaung dibawah syarikat mereka sendiri iaitu Cherita Productions & Services .

LEBIH LANJUT 
    
        SETIAP lagu ada cerita malah bait-bait liriknya walaupun tidak banyak, pasti ada hubung kait dengan kehidupan setiap insan. Hakikat itu memberi idea kepada tiga anak muda berjiwa besar memperkenalkan diri mereka sebagai Cherita - kumpulan vokal yang menyampaikan pelbagai kisah.
Sebagai salam perkenalan, Cherita yang dibarisi Ratno Junaidi Ariffin atau Eddy, 30, Nur Mohd Alieff Ayub (Nomad), 23 dan Muhammad Jamil Shamsudin (Mell), 24.
       Memperkenalkan dua single iaitu Lagu Cinta Kita dan Melodi Kita untuk dinilai. Berbeza dengan kebanyakan pendatang baru, tiga jejaka ini lebih senang membawakan lagu ceria yang mampu mengundang senyuman pendengar. Cukuplah cerita sedih kerana bagi mereka dunia ini terlalu indah untuk diratapi. “Tidak dinafikan lagu mendayu dan sedih lebih mudah mendapat tempat di hati pendengar tetapi kami memilih untuk tampil berbeza dengan membawakan lagu yang boleh menimbulkan suasana riang dan buat orang tersenyum mendengarnya. “Single Cinta Kita dan Melodi Kita dihasilkan oleh saya manakala liriknya pula oleh Eddy. Diharap pendengar terhibur dengan dua karya ini dan kami akan terus menghasilkan lagu-lagu untuk menceriakan hati pencinta muzik tempatan,” kata Nomad.

Menyingkap penubuhan Cherita tiga tahun lalu, ia bermula apabila Eddy dan Mell yang ketika itu bertugas sebagai jurubunyi sering menggantikan artis untuk sesi latihan. Berikutan saranan beberapa penggiat seni yang menyedari bakat terpendam dua jejaka ini, mereka disarankan supaya mencuba nasib sebagai penyanyi. Pertemuan dengan komposer Dakmie membuka laluan merealisasikan cadangan itu, bagaimanapun mereka dibekukan selama setahun bagi mencari hala tuju muzik dan konsep secocok. “Pada 2009 kami kenal Nomad dan mengundangnya menyertai Cherita. Dia menunjukkan beberapa karyanya dan kami yakin boleh pergi jauh tetapi terpaksa melepaskannya seketika untuk memberi laluan kepadanya menyertai program Keynote. “Segala pengalaman dalam program itu menjadi pendedahan awal kepada Nomad dan secara tidak langsung membantu kami mengemudi Cherita. Berkat bimbingan Dakmie dan Alfa Booty, kami berjaya menubuhkan Cherita Productions and Services di mana produksi ini bukan saya bertanggungjawab menerbitkan lagu Cherita tetapi merancang beberapa cabang bisnes muzik. “Setakat ini kami menyediakan perkhidmatan sistem bunyi dan cahaya,” kata Eddy. Tambah Mell, uniknya Cherita selain membawakan lagu berunsur ceria, orang ramai akan disajikan dengan kepelbagaian serta susunan muzik yang segar. Bahkan, kewujudan Cherita juga secara tidak langsung merangsang pertambahan kumpulan vokal yang pernah menjadi kegilaan pada awal 90-an. “Kumpulan vokal hanya boleh dibilang dengan jari sedangkan dulu kita ada banyak dan ianya menjadi kegilaan ramai. Bagaimanapun yang bertahan hingga ke hari ini hanyalah KRU dan kebelakangan ini ada beberapa kumpulan kembali bergabung dan melakukan kemunculan semula. “Diharap kehadiran kami dapat merancakkan kembali trend yang satu ketika dulu pernah menjadi fenomena,” katanya sambil memaklumkan perkembangan Cherita boleh diikuti menerusi facebook.com/kumpulancherita.


No comments:

Post a Comment